Pinjaman Peribadi AEON Credit [UPDATED]

Mungkin ada yang belum sedar, tapi tahukah anda bahawa terma dan syarat pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Aeon dah berubah! Sekilas pandang ianya perubahan terma yang lebih baik berbanding syarat-syarat terdahulu.

Antara lainnya jika sebelum ini syarat pendapatan minima ialah RM1,000 sebulan, kini mereka yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM800 sebulan dah dikira layak untuk dipertimbangkan. Yang pentingnya pastikan RM800 itu gaji bersih, bukannya gaji kasar yang belum tolak epf, socso dll.

Satu lagi perubahan ketara ialah tempoh pembiayaan yang mana kini boleh buat pembiayaan sehingga tempoh maksima 8 tahun berbanding sebelum ini yang menghadkan sehingga 5 tahun sahaja. Akan tetapi, pemohon yang bijak perlu sedar bahawa jika lebih lama tempohnya maka lebih banyak yang perlu dibayar balik. Oleh yang demikian, buatlah pembiayaan mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.

Sila layari laman web rasmi www.AeonMalaysia.com.my untuk maklumat lebih terkini, lengkap dan sahih.

Untuk butiran ringkas boleh baca kat bawah:

Pembiayaan Peribadi Aeon iCash

AEON iCash adalah berlandaskan prinsip Bai Al Inah dan disahkan oleh Penasihat Syariah.

Jumlah Pembiayaan 

Pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM50,000   RM100,000

Had pembiayaan adalah berdasarkan penilaian kredit dan budi bicara pihak Aeon Credit.

 

Syarat-syarat Minimum

  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Umur 18 tahun dan ke atas

 

Ciri-ciri Pembiayaan

1.   Kelulusan cepat

Proses kelulusan biasanya antara 1-3 hari. Tertakluk kepada terma dan syarat serta penerimaan butiran maklumat dan dokumen-dokumen yang lengkap.

Setelah diluluskan, biasanya jumlah pembiayaan yang diluluskan akan dipindahkan (dimasukkan) ke akaun simpanan/semasa bank yang dipilih oleh pemohon.

Atau kaedah lain ialah pelanggan boleh mengeluarkan wang secara terus daripada ATM AEON melalui AEON Credit Prepaid Mastercard.

Selepas menandatangani Perjanjian ( S & P) di kaunter AEON Credit, pengeluaran boleh dilakukan di kedai-kedai AEON Credit berikut:

  • Bukit Bintang
  • Desa Tebrau
  • IOI Mall
  • Kajang
  • Klang
  • Menara Olympia
  • Mid Valley
  • Shah Alam
  • Sunway Pyramid

2.    Kadar menarik  serendah 0.84% sebulan.

Kadar keuntungan yang boleh dikenakan adalah berdasarkan jumlah kewangan dan pelanggan status Ahli Kad Express atau Ahli Kad tidak Express.

Jumlah pembiayaan (RM)

Ahli kad kredit AEON

Ahli Kad AEON Express

Bukan ahli

Di bawah RM5, 000

1.2%

1.2%

1.5%

5,000 – 50,000

0.8%

0.84%

0.84%

 

3.   Tempoh pembayaran balik antara 6 bulan hingga 60 bulan. 

Anda boleh memilih tempoh pembayaran balik 6, 9, 12, 15, 18, 24, 30, 36, 48 dan 60 bulan

 

4.   Dokumen Diperlukan

Hanya perlu mengemukakan slip gaji dan Mykad*.

Pekerja bergaji

 Bekerja sendiri

 • Kad Pengenalan  • Kad Pengenalan
 • penyata gaji 3 bulan terkini (payslip 1 bulan untuk pekerja Multi
National Company atau MNC)
 • Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Syarikat (ROB & ROC)
 • buku akaun simpanan bank dikemaskini terkini atau penyata bank terkini (untuk tujuan pengesahan)  • Penyata 3 bulan terkini akaun semasa utama Syarikat
 • Penyata KWSP terkini
(Digalakkan untuk mencetak di kaunter kiosk AEON), atau
 • Penyata bank terkini atau buku akaun simpanan dikemaskini (untuk tujuan pengesahan)
 • Akaun Gaji terkini yang menunjukkan gaji dikreditkan atau  • Borang BE terkini / borang E & resit bayaran cukai
 • Borang BE terkini / E & resit bayaran cukai

Nota: AEON Credit berhak untuk meminta dokumen tambahan daripada pemohon jika dianggap perlu.

 

5.   Tiada penjamin, tiada cagaran & tiada deposit keselamatan.

 

6.    Caj berkaitan:  Duti setem akan ditolak daripada jumlah pinjaman anda apabila diluluskan.

Untuk AEON iCash yuran pemprosesan adalah 6% dikenakan bagi jumlah kewangan antara RM 1,000 –  RM 4,999.

Tiada yuran pemprosesan bagi jumlah kewangan di antara RM 5,000 -. RM 50,000.

RM5 duti setem bagi setiap RM1, 000 jumlah pembiayaan yang dikenakan bayaran.

 

Cara Memohon

4 Langkah Mudah Memohon

1.    Muat turun & cetak borang permohonan di laman web www.aeonmalaysia.com.my

2.    Isi semua maklumat yang diperlukan, tandatangan pada borang dan lampirkan semua dokumen yang diperlukan.

3.    Kemukakan borang permohonan melalui saluran berikut:

i.     Cawangan kauter AEON yang terdekat ATAU
ii.    Pos ke AEON Credit Service (M) Berhad, Level 29, Menara Olympia, No 8, Jalan Raja Chulan, 50200 KL  ATAU
iii.   Faks ke 03-2036 5988

4.    Sila hubungi pejabat AEON di 03-27199999 sekiranya anda memerlukan bantuan atau pertanyaan lanjut.

maklumat pinjaman:

pinjaman peribadi aeon . pinjaman aeon . aeon credit . pinjaman aeon credit . pinjaman peribadi aeon credit .

Comments

  1. saya nak tanya kalau sy buat pinjaman 20,000 gaji sy 1.5k sahaja . rasanya lulus tak?

  2. salam..nak tanya..kalau nama saya bersih dan tak pernah buat mana-mana loan credit,adakah lulus kalau saya nak buat loan aeon?

  3. Kalau ada aeon express card perlu ke payslip 3 bulan tu ?

  4. Kwn sy ada apply loan last week tp xapprove. Tak tahu sbb ape.
    Dia pnh buat loan dgn aeon 2x and record mmg cantik. Tp utk 3rd time xapprove. Tiada blacklist. Mohon pencerahan….

Speak Your Mind

*