Skim pinjaman Aeon Credit menawarkan pinjaman tunai bermula RM1,000 sehingga RM100,000 melalui pembiayaan secara shariah.
Terma dan syarat pinjaman peribadi Aeon Credit ini seringkali berubah namun perubahan termanya masih boleh dikatakan mesra peminjam.
Permohonan pinjaman adalah untuk warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas hingga 65 tahun.
Syarat kelayakan untuk dipertimbangkan ialah bagi yang mempunyai pendapatan kasar sebulan sebanyak RM1,500 ke atas.
Sebelum ini syarat gaji minima ialah pendapatan bersih RM800 sebulan. Setelah itu syarat pendapatan minima dinaikkan menjadi RM1,000 sebulan. Dan kini RM1,500 sebulan.
Mungkin ada sebahagian yang merungut dengan syarat minima pendapatan yang telah dinaikkan. Tapi perubahan syarat ini dilihat seiring dengan penetapan dasar kadar gaji minima terbaru untuk pekerja Malaysia dan juga polisi perbankan negara.
Ikut sejarahnya bertahun dahulu pun pada asalnya syarat gaji adalah RM1,000 ke atas sebelum ia diturunkan ke RM800. Yang terlepas peluang dengan syarat gaji lama tak perlu lah berputih mata. Boleh saja pun apply pinjaman Aeon Credit ini kerana ia antara personal loan schemes terbaik di pasaran.
Bahkan kini caj keuntungan yang dikenakan adalah lebih rendah bermula serendah 0.66%-1.5% sebulan berbanding 0.8%-1.5% sebulan pada masa lalu.
Masalahnya akan timbul jika lewat membayar ansuran bulanan. Denda lewat bayar memang agak menekan.
Pengguna yang bijak ialah yang tahu bahawa jika lebih banyak jumlah pinjaman dan lebih lama tempohnya maka lebih banyak yang perlu dibayar balik.
Oleh itu mohonlah pinjaman ikut kemampuan dan keperluan masing-masing.
Seiring perkembangan semasa Aeon Credit Service akan mengubah terma dan syarat untuk produk-produknya termasuk produk pembiayaan peribadi. Ada ketika nya diadakan promosi dengan terma yang sangat menawan.
Layari laman rasmi www.AeonCredit.com.my untuk maklumat lebih terkini dan sahih. Atau intai sebarang promosi yang ditawarkan dari masa ke semasa.
Untuk pemahaman secara santai dan ringkas boleh teruskan membaca.
Pinjaman Peribadi Aeon Credit iCash
Pembiayaan bermula dari RM1,000 sehingga jumlah maksima RM100,000.
Had pembiayaan adalah berdasarkan penilaian kredit dan budi bicara pihak Aeon Credit.
Skim pembiayaan AEON iCash adalah berlandaskan prinsip Bai Al Inah iaitu konsep jual-beli semula dengan bayaran ansuran. Skim pembiayaan Aeon disahkan oleh Penasihat Shariah.
Syarat-syarat Pinjaman Peribadi Aeon Credit
1. Warganegara Malaysia.
2. Berusia 18 tahun – 65 tahun.
3. Mempunyai pendapatan kasar minima RM1,500 sebulan (gross income).
Ciri-ciri Pembiayaan
1. Tempoh Kelulusan Pinjaman SEGERA
Tempoh kelulusan pinjaman Aeon Credit ialah antara 1 – 3 hari. Tertakluk kepada terma dan syarat serta penerimaan butiran maklumat dan dokumen-dokumen yang lengkap.
Apabila pinjaman telah diluluskan pelanggan perlu tandatangan dokumen perjanjian jual-beli (Bai Al-Inah) di kaunter cawangan Aeon Credit yang telah ditetapkan.
Wang pinjaman akan dimasukkan ke akaun simpanan/semasa bank yang telah dipilih oleh pelanggan.
Atau kaedah lain ialah pelanggan boleh mengeluarkan wang secara terus daripada ATM AEON melalui AEON Credit Prepaid Mastercard.
2. Kadar menarik bersamaan 0.66%, 0.75%, 0.80%, 0.84%, 1.20% atau 1.50% sebulan bergantung kepada jumlah pembiayaan dan status pelanggan.
Caj yang dikenakan ini adalah bersamaan kadar keuntuntungan efektif bermula 13.57% – 14.31% hingga 27.46% – 31.72% setahun.
Status pemohon merujuk kepada samada pemegang kad kredit Aeon, atau pemegang kad Aeon Express, atau bukan ahli yakni bukan pemegang sedia ada mana-mana kad Aeon.
3. Tempoh pembayaran balik antara 6 bulan hingga 84 bulan.
Pelanggan boleh memilih tempoh pinjaman @ tempoh pembayaran balik untuk 6, 9, 12, 15, 18, 24, 30, 36, 48, 60, 72 atau 84 bulan. Lihat Jadual Pinjaman Peribadi Aeon.
Jumlah Pinjaman | Tempoh |
RM1,000 | 6 bulan hingga 18 atau 24 bulan |
RM2,000 | 6 bulan hingga 48, 60, 72 atau 84 bulan |
RM3,000 - RM100,000 | 6 bulan hingga 84 bulan |
4. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman
Pekerja Bergaji
• Kad Pengenalan. Tunjuk IC original kepada pegawai untuk pengesahan dan membuat salinan.
• Penyata KWSP terkini. Boleh print statement di kaunter atau kiosk Aeon Credit Service.
• Penyata gaji 3 bulan terkini (permanent staff) atau 6 bulan terkini untuk contract staff atau commission-based employee.
• Penyata akaun bank untuk 3 bulan atau 6 bulan terkini bertujuan untuk mengesahkan bahawa pendapatan bulanan dimasukkan ke dalam akaun bank.
• Buku akaun simpanan ATAU penyata bank terkini untuk tujuan pengesahan.
Bekerja Sendiri
• MyKad.
• Sijil Pendaftaran Perniagaan.
• Penyata akaun bank perniagaan untuk 6 bulan terakhir; ATAU
• Borang BE/E & resit pembayaran cukai LHDN; ATAU
• Buku Akaun Simpanan Bank ATAU penyata bank terkini untuk tujuan pengesahan.
Pihak Aeon Credit berhak dan akan meminta dokumen tambahan lain yang berkenaan sekiranya dirasakan perlu.
5. Pinjaman Aeon Credit tidak memerlukan penjamin dan tiada cagaran atau deposit diperlukan.
6. Caj berkaitan: Duti setem akan ditolak daripada jumlah pinjaman yang diluluskan. Bayaran sebanyak RM5 duti setem bagi setiap RM1,000 jumlah pembiayaan.
Yuran pemprosesan sebanyak 4% akan dikenakan bagi pinjaman berjumlah antara RM1,000 sehingga RM10,000.
Yuran pemprosesan 2% untuk jumlah pinjaman RM10,100 sehingga RM100,000, tertakluk kepada caj yuran maksima RM400.
Sebarang cukai kerajaan (jika berkenaan) akan turut dikenakan dan perlu dibayar oleh pihak peminjam.
Bayaran Pinjaman Aeon Credit
Bab bayaran ini ramai yang tak beri perhatian serius.
Setiap peminjam PERLU ADA tanggungjawab.
Rekod bayaran yang baik akan dijadikan rujukan dan mencerahkan peluang untuk mendapatkan pinjaman lain di kemudian hari jika ada keperluan mendesak.
Sekiranya sudah lulus permohonan pembiayaan Aeon dan sudah terima duit, maka perlu mula membayar pada bulan berikutnya.
Ansuran pinjaman MESTI dibayar sebelum atau pada tanggal 2 haribulan setiap bulan. Sebaiknya buat bayaran sehari dua lebih awal.
Denda Lewat Bayar
Awas! Jikalau lewat bayar maka bersedialah untuk bayar denda. Penalti nya memang agak menekan.
Jika bayar selepas 2 haribulan tapi sebelum atau pada 10 haribulan: Akan kena denda RM18.00
Bayaran selepas 10 haribulan tapi sebelum atau pada 18 haribulan: Kena denda RM23.00
Bayar ansuran selepas 18 haribulan tapi sebelum masuk bulan berikutnya: Denda RM40.00
Jika ada tunggakan ansuran atau baki belum bayar yang dibawa ke bulan berikutnya maka bayaran tambahan sebanyak RM23.00 akan dicaj ke akaun anda pada setiap bulan sehinggalah dilangsaikan kesemua tunggakan.
Cara Memohon Pinjaman Aeon
Langkah Mudah Memohon
1. Muat turun & cetak borang permohonan di laman web www.aeonmalaysia.com.my
2. Isi maklumat yang berkenaan, tandatangan pada borang dan lampirkan dokumen diperlukan.
3. Kemukakan borang permohonan dan dokumen di cawangan Aeon Credit Service berdekatan
ATAU apply secara online melalui LINK ini (cuma mengambil masa 10-15 minit untuk isi maklumat).
Tapi sebelum isi apa-apa yang patut eloknya anda sediakan dokumen-dokumen berikut terlebih dahulu:
Untuk yang makan gaji atau pekerja bergaji, sediakan dokumen berikut:
- Kad Pengenalan
- Penyata akaun KWSP terkini ATAU 3 bulan penyata bank sekiranya tidak ada penyata akaun KWSP.
- Penyata gaji 3 bulan.
Untuk pemohon yang bekerja sendiri, sediakan dokumen berikut:
- Kad Pengenalan
- Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Borang 9, 24 dan 49.
- Penyata akaun bank utama syarikat 6 bulan terkini.
Dokumen perlu disediakan terlebih dahulu untuk rujukan dan supaya tak tersalah isi maklumat. Selepas isi maklumat online dokumen berkenaan juga perlu dihantar ke pihak Aeon bagi tujuan pemprosesan.
Sekiranya masih ada apa-apa butiran kurang jelas atau memerlukan penerangan lanjut sila hubungi Customer Service Aeon di nombor 03-2719 9999.
Kakitangan Aeon Credit akan cuba membantu pemohon yang memerlukan bantuan berkenaan prosedur atau sebarang pertanyaan berkaitan permohonan pinjaman Credit Aeon.
aliff says
Salam admin,
Nak tanya, if income 2350
Commitment asb loan 625
rhb easy 150
Agak2 brapa max loan bleh apply yer..
Thanks for yr advice yaa
kubaicicin says
salam, tuan, pijaman aeon bank ada yang islamic tak?
admin says
Salam Kubaicicin. Untuk makluman, ‘Aeon’ ni bukanlah bank. Operasi perniagaannya tak boleh dikategorikan sebagai bank sebab antara lain ianya tak mengambil deposit atau bahasa mudahnya kita tak boleh nak simpan duit kat Aeon. Aeon Credit ni dikategorikan sebagai syarikat pemberi pinjaman.
Berkenaan soalan anda tu, berdasarkan pernyataan di laman web rasmi Aeon Credit, dinyatakan bahawa skim pinjaman atau istilah yang lebih tepat skim ‘pembiayaan’ yang ditawarkan diaorang adalah berlandaskan syariah (islamik).
kubaicicin says
kalau saya pinjam 5000, tempoh bayar yang paling lama berapa tahun?
admin says
Keputusan muktamad tertakluk kepada pihak Aeon Credit. Tapi berdasarkan skim, boleh dipertimbangkan sehingga tempoh 5 tahun atau 60 bulan.
pakdan says
Min. Gaji bersih brape?
admin says
Pendapatan bulanan RM1,000 dan ke atas. Diaorang takde pula sebut bersih atau kasar.
Azny says
Gaji saya rm1060 bersih…ad loan asb 400..so lepas tolak gaji 660..
Bleh lepas x untuk buat loan?
admin says
Nisbah hutang (komitmen) kepada pendapatan dah menghampiri paras 50%. Masih ada ruang tapi ‘very thin’. Boleh lah agaknya kalau nak mohon jumlah pembiayaan yang mana ansurannya skitar RM100 sebulan. Tapi my advice is better don’t lah. Tak berbaloi. Jika dibandingkan secara kasar kadar keuntungan (faedah) ialah 1.5% sebulan bersamaan 18% setahun, sedangkan untung daripada dividen ASB pula 7 atau 8% setahun.