Skim Pinjaman Peribadi Bank Rakyat
Pinjaman peribadi Bank Rakyat adalah berlandaskan konsep Tawarruq di bawah prinsip syariah Murabahah.
Bank koperasi ini menawarkan skim pembiayaaan peribadi untuk kakitangan kerajaan, golongan pesara dan juga kakitangan sektor swasta.
Pinjaman Peribadi-i Swasta
Jumlah pembiayaan
Pinjaman peribadi swasta Bank Rakyat menawarkan pembiayaan tunai sehingga 5 ke 25 kali ganda gaji kasar sebulan. Penentuan jumlah pinjaman bergantung kepada jumlah pendapatan bulanan dan pilihan cara bayaran balik ansuran pinjaman.
Jumlah pembiayaan adalah sehingga RM150,000 bergantung kepada penilaian dan budi bicara Bank Rakyat.
Kelayakan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Swasta
- Warganegara Malaysia.
- Umur minima 18 tahun dan maksima 60 tahun semasa tamat tempoh pinjaman.
- Telah disahkan jawatan (confirmed) dan berstatus pekerja tetap, gaji kasar termasuk elaun tetap RM2,000 ke atas.
- Untuk kakitangan berstatus kontrak, pendapatan minima ialah RM8,000 ke atas.
Tempoh Pinjaman
• Minima 12 bulan
• Maksima 5 hingga 10 tahun (120 bulan), bergantung kepada pendapatan bulanan dan tempoh pekerjaan.
Kadar Keuntungan
Kadar rata 4.95% – 9.37% bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh pembiayaan antara 1 hingga 10 tahun.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan MyKad (depan dan belakang).
- Slip gaji 3 bulan terkini.
- Penyata bank untuk 3 bulan terkini (untuk pengesahan kemasukan gaji).
- Penyata KWSP.
- Satu daripada berikut:
- Surat pengesahan jawatan atau surat rujukan majikan; atau
- Borang EA; atau
- Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN.
Ciri-ciri Pembiayaan
Berlandaskan konsep Tawarruq di mana berdasarkan Wa’ad daripada pihak pelanggan, Bank akan membeli komoditi daripada pihak pembekal komoditi dan seterusnya menjual komoditi kepada pelanggan berlandaskan kontrak Murabahah pada harga jualan (kos komoditi beserta keuntungan) secara tangguh dan kemudian, sebagai ejen pelanggan, Bank menjualkannya kepada pembeli pihak ketiga dengan cara tunai. Kutipan tunai daripada pembeli pihak ketiga ini akan dimasukkan ke dalam akaun pelanggan.
- Duti setem: 0.5% daripada jumlah pembiayaan.
- Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM30.00 termasuk 6% GST.
- Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewat. Ketika tempoh pembiayaan: 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak. Selepas tamat tempoh pembiayaan: Berdasarkan kadar semasa Pasaran Wang Antara Bank secara Islam ke atas baki prinsipal tertunggak.
- Dinasihatkan untuk mengambil perlindungan Takaful Berkelompok daripada syarikat takaful yang dilantik oleh pihak bank.
- Tidak perlu penjamin.
- Tidak perlu bayar pendahuluan (deposit).
Untuk pertanyaan lanjut sila kunjungi cawangan Bank Rakyat terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat 1-300-80-5454. Pegawai bertugas bersedia melayani anda.
sumber: Bank Rakyat
Mohd Khairul Azman says
Saya nk buat Loan