Pinjaman peribadi Maybank menawarkan pinjaman tunai bermula daripada RM5,000 sehingga RM100,000.
Skim pinjaman peribadi ini merupakan antara produk kewangan yang telah bertahun lamanya diperkenalkan oleh Maybank dan terus mendapat perhatian sehingga kini.
Antara kelebihan utama yang
Syarat Pinjaman Peribadi Maybank
Skim pinjaman ini terbuka untuk warganegara Malaysia berumur antara 21 ke 60 tahun.
Pemohon perlu menunjukkan bukti pendapatan minima RM30,000 setahun. Dalam erti kata lain memiliki purata gaji bulanan sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan.
Permohonan pinjaman tidak memerlukan sebarang cagaran atau penjamin.
Tiada yuran pemprosesan dan caj stamping dikenakan.
Caj lewat bayar pada kadar 1% setahun ke atas jumlah tertunggak akan dikira daripada tarikh perlu dibayar sehingga tarikh bayaran penuh diterima.
Yuran penyelesaian awal (early settlement fee) sebanyak RM200 atau pada jumlah bersamaan 3% daripada nilai baki pinjaman, yang mana satu lebih tinggi. Yuran penyelesaian pinjaman ini hanya dikenakan jika sekiranya dibayar dalam separuh penggal pertama tempoh pinjaman.
Tempoh pinjaman peribadi Maybank ialah antara 2 tahun hingga 6 tahun.
Bayaran bulanan yang tetap tertakluk kepada jumlah dan tempoh pinjaman yang dipersetujui.
Ansuran bulanan pinjaman adalah dikira berdasarkan formula:- [(P*|*N) + P]/n, di mana,
P = Jumlah Pokok yang Dipinjam
I = Kadar Faedah setahun
N = Jumlah bilangan ansuran dalam Tahun
n = Jumlah bilangan ansuran dalam Bulan
Kadar faedah pinjaman peribadi Maybank 2018:
+ Untuk jumlah pinjaman RM5,000 ke RM20,000 (8.0% setahun fixed rate)
+ Untuk jumlah pinjaman RM20,001 ke RM50,000 (7.0% setahun fixed rate)
+ Untuk jumlah pinjaman RM50,001 ke RM100,000 (6.5% setahun fixed rate)
Cara Memohon Pinjaman Peribadi Maybank
Dokumen permohonan pinjaman yang diperlukan ialah Borang Permohonan yang lengkap diisi bersama dengan:
- Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
- Borang BE terkini bersama dengan resit rasmi cukai.
- Slip gaji 3 bulan terkini.
- Penyata akaun bank simpanan atau semasa menunjukkan aktiviti 6 bulan terakhir.
Bagi pemohon yang bekerja sendiri:
- Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
- Borang BE terkini bersama dengan resit rasmi cukai.
- Salinan Pendaftaran Perniagaan.
- Penyata bank untuk 6 bulan terkini.
Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Maybank seluruh Malaysia.
Sila rujuk laman web rasmi Maybank untuk makluman pinjaman terkini. MaybankMalaysia
Boleh juga mengisi secara online butiran nama dan nombor untuk dihubungi melalui laman web rasmi Maybank (bahagian Contact Us) untuk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh pegawai Maybank.
Tempoh Kelulusan Pinjaman Peribadi
Proses penilaian permohonan dan tempoh kelulusan pinjaman peribadi Maybank biasanya mengambil masa 1 hingga 2 hari bekerja.
Mohd shafiq bin makmur says
Sya nk mohon pinjaman loan segera rm5000